Tanda Diterima Amal...
Siapa
yang dapat merasakan buah dari amal ibadatnya di dunia ini, maka itu
dapat dijadikan tanda diterimanya amal itu oleh Allah kelak.
Buah
dari amal ibadat di dunia ini ialah merasakan lazat manisnya amal itu,
sehingga terasa sebagai nikmat yang tidak ada bandingnya.
Atabah al-Ghulam berkata: “Saya melatih diri sembahyang malam dua puluh tahun, setelah itu baru saya merasakan nikmat bangun malam”.
Tsabit al-Bunany ra. Berkata: “Saya melatih membaca al-Quran dua puluh tahun, setelah itu baru saya merasakan nikmat membaca al-Quran”.
Abu Turaab berkata: “Jika
seseorang bersungguh-sungguh dalam niat amalnya, dapat merasakan nikmat
amal itu sebelum mengerjakannya, dan apabila ikhlas dalam melakukannya
merasakan manisnya amal ketika melakukannya, dan amal yang sedemikian
sifatnya, itulah amal yang diterima dengan kurnia Allah”.
Al-Hasan berkata: “Carilah
manisnya amal itu pada tiga, maka apabila kamu telah mendapatkannya
bergembiralah dan teruskan mencapai tujuanmu, apabila belum kamu
dapatnya, ketahuilah bahawa pintu masih tertutup iaitu ketika membaca al-Quran, dan berzikir, dan ketika sujud”.
Ada pula yang menerangkan: dan ketika bersedekah dan ketika bangun malam. Sejak bilakah kau merasakan telah mengenal Allah? Iaitu setiap kali saya akan berbuat pelanggaran terhadap ajaranNya, merasa malu daripadanya… Malukah kita bila berbuat maksiat!!!
>>>
ngaji bareng bolo konco
http://surausmm.blogspot.com

Tidak ada komentar:
Posting Komentar