Iblis mendapat celaka di keranakan oleh lima perkara iaitu:
a. Tidak mahu mengakui dirinya telah melakukan dosa.
b. Tidak pernah merasa sedih atas perbuatan dosa yang telah dilakukannya.
c. Tidak pernah mencaci dirinya sendiri atas perbuatan dosa yang ia lakukan itu.
d. Tidak mempunyai ‘azam atau berniat untuk bertaubat dari dosanya.
e. Berputus asa dari rahmat Allah.
Berbeza
dengan Adam,
walaupun ia pernah berbuat dosa,
akan tetapi ia masih
tetap menemukan kebahagiaan di keranakan lima perkara iaitu:
a.
Mengakui atas perbuatan dosa yang dilakukannya dengan selalu berdoa:
“Tuhan kami, sesungguhnya kami telah berbuat zalim kepada diri kami
sendiri, jika Engkau tidak mengampuni dan tidak memberi rahmat kepada
kami, nescaya kami termasuk ke dalam golongan orang-orang yang rugi.”
Dari
Aisyah sesungguhnya Rasulullah SAW. Bersabda: “Sesungguhnya seorang
hambayang mengakui dosanya, lalu ia bertaubat, nescaya Allah menerima
taubatnya.” (HR. Bukhari & Muslim)
b. Merasa sedih atas
perbuatan dosa yang telah ia lakukan. Dalam perkara ini Abdullah bin
Mas’ud r.a. mengatakan bahawa Rasulullah SAW. Bersabda: “Barangsiapa
yang berbuat suatu kesalahan atau berbuat dosa, selepas itu ia merasa
sedih, maka yang demikian itu menjadi kifarat kepadanya.” (HR. Bauhaqi)
c. Ia mencaci dirinya sendiri atas perbuatan dosa yang dilakukannya.
d. Dengan segera ia melakukan taubat, dengan cara mengerjakan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang.
e. Dia tidak pernah berputus asa dari rahmat Allah.
ngaji bareng bolo konco
>>> http://www.surausmm.blogspot.com/

Tidak ada komentar:
Posting Komentar